Sunday, December 27, 2015

Skyway Cable Car - Genting Destinasi Cuti cuti Malaysia


Dah nak habis cuti sekolah rupanya. Sekejap je masa berlalu, alahai....
Rengetan anak2 yang masih tak puas bercuti, terpikir pula nak ke Genting Highland.


Jeng jeng jeng... sampai juga. Walaupon hari ni ahad, kompom ramai giler orang, dah separuh jalan terjah jelah jawabnya kan.
Sebelum buat apa2 kita makan dulu. Mamak jela yang ada kat atas ni, lain banyak kedai cina. Bole la dari tak ada kan.


Tu dia, macam ular kene palu panjang giler barisan nak beli tiket naik skyway ni. Sambil Bapanya beratur anak2 jom posing dulu hehe.
ni harga tiket terbaru.. semua di gst huhu..
termasuk masa beroperasi.. sampai tengah malam gitu.. terbaik.

Hampir 30minit beratur dapat gak tiket skyway. Apa lagi jom arr.

Mak aii atas pon kene beratur gak le, angaran 30minit gitu.. memang menduga kesabaran hehe.


Akhirnya yihaa... teruja anak2. hehe.



Permandangan kehijauan alam, sayup2 je. Gayat pon ada kalau pandang lelama kat bawah.

Dah sampai rilex dulu sambil bergambar hehe.

Jom usya apa best nya dalam Genting Highland ni.

Resepi Kek Batik Simple Janji Sedap


Cuti2 ni duduk rumah, rasa nak masak je makanan yang best2. Tak payah masak yang susah2, simple2 sudah.

Jom try Kek Batik Simple jer

bahan2
milo - 2 cawan atau 1pek yg kecik tu
Susu tin - guna separuh je
Mentega- akak pakai planta tu je ada boh 2 sudu makan
Biskut marie - hancurkan sesuka hati takpon pecah 1/4


hiasan nk boh pon boleh x boh pon xda masalah. Bole guna choc chip atau choc manik2 tu.




Cara2 nya, kacau2 je tak susah mana pon hehe.
cairkan mentega ni. 

kemudian kita tambah susu. kacau2.

Masukkan milo, kacau2 lagi, api kalau bole kecil je nanti hangit pula.

Bila dah sebati masukkan biskut marie yg dah dipatah2 kan. Tutup api.
Bila dah siap masukkan je dlm acuan, tekan dan mampatkan dahulu kemudian sejukkan.
Tabur kan choc chip tadi. Nampak sedap skit time nak makan nanti kan.
Tada... siap sudah, dah boleh ngap. Laku jugakkan anak akak makan hehe. 
Okey la janji bole dimakan hehe. Sebenarnya kek batik ni tak la susah mana, dan ada banyak version. Ikut korang nak cuba yang mana.

Sekadar perkongsian 

p/s : Milo bole ditukar dengan serbuk koko/ horlick @ coklat masakan. Susu pon sama lain brand lain rasanya, butter nk yang sedap guna buttercap. Memang gojes u all. Terpulang lah ikut selera masing2. Selamat mencuba.


Monday, December 21, 2015

Last Day di Penang Banyak tempat menarik untuk dilawati


Akhirnya, berakhir la percutian di penang. Berbaloi datang ke Penang, jalan2 dan banyak tempat makan yang best dan sedap. Walaupon tak berpeluang singgah di semua tempat kerana cuaca dan kesuntukan masa, saya rasa bercuti ke Penang memang berbaloi.

Sebelum berangkat pulang, singgah dulu di restoran Kapitan. Ni Restoran pilihan keluarga kami memang tak shiok kalau tak singgah. Jom nasi beriani Kapitan dulu.






Selamat Tinggal Penang, lainkali kami singgah lagi. 




Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, singgah berenti rehat di R &R Tapah. 



Singgah beli buah tangan untuk di bawa pulang ke kuala lumpur.




Ada dijual buah strawberi dari Cameron Highland.Rm10 sekotak, buah pon fresh lagi. Jadi akak tapau lebih skit, rasanya masam. Kalau dapat celup dengan coklat cair mesti sedap kan, tiba2 terliur pula. 

Sunday, December 20, 2015

Beli Rumah Murah Secara Lelong di Malaysia

Assalamualaikum..
Kalini saya nak menulis mengenai beli rumah secara lelongan awam. Kat mana nak tau rumah yang dilelong?
Biasanya rumah yang dilelong ni diiklan di akhbar tempatan, korang bole cek bahagian iklan surat khabar. Contoh macam ni.










pilih area atau rumah yang anda rasa berminat. Biasa detail2 seperti alamat, harga lelongan dan butir2 lain bole didapati dari auctioner. Ok jadi saya pilih rumah yang  nak buat research sebelum membeli rumah lelongan ni. Biasanya yang di iklan di surat khabar adalah rumah yang dilelong oleh pihak Bank. Jadi kita pilih satu property for sale untuk buat research.


Perkara penting yang perlu tahu, sebelum membeli rumah lelong. Detail2 seperti :-
Nama Bank : RHB Bank Berhad (Property di lelong oleh pihak bank)
Nama peminjam : Manimaran a/l Kanappram
Tarikh Auction : 5hb Januari, 2016.
Pihak Lawyer : Tetuan Che Mokhtar & Ling
Pihak Auctioner : Ilias Management Services.
Harga Property : RM 2,900,000.00
Alamat Property : No. 12 A, Jalan PJS 9/4A bandar sunway, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Jenis Rumah : Rumah Teres dua tingkat lot tepi di ubah suai.


Next step apa perlu kita buat sebelum membeli rumah lelong ini. Kita hubungi pihak Lawyer atau Auctioner untuk Peristiharan Jualan dan syarat jualan. Sebelum auction kita kene pastikan rumah dan detail lain.

Saya berikan contoh Perisytiharan Jualan yang diemail oleh pihak Auctioner kepada saya.

Detail lengkap seperti cukai, keluasan tanah, syarat2 nyata dan lain2. Anda juga boleh membuat carian persendirian di pejabat tanah untuk melihat sekiranya hartanah ini di kavietkan.

Tinjauan seterusnya adalah rumah, ni rupa rumah untuk dilelong. 


Wow, sesuai lah dengan harganya 2JUTA +++ huhuhu... untuk yang berminat boleh tunggu time auction untuk membida rumah ini. Satu perkara lagi, sebelum menghadiri auction anda perlu menyediakan 10 % bank draft dari harga Auction diatas nama bank.  Auction akan diadakan di Mahkamah Tinggi Shah ALAM, pukul 10.30 pagi. Pastikan anda datang awal sebelum auction bermula yea. Sesiapa yang berminat atau mencari rumah area Petaling Jaya, Selangor jangan lepaskan peluang untuk membida rumah ni.