Sunday, December 27, 2015

Resepi Kek Batik Simple Janji Sedap


Cuti2 ni duduk rumah, rasa nak masak je makanan yang best2. Tak payah masak yang susah2, simple2 sudah.

Jom try Kek Batik Simple jer

bahan2
milo - 2 cawan atau 1pek yg kecik tu
Susu tin - guna separuh je
Mentega- akak pakai planta tu je ada boh 2 sudu makan
Biskut marie - hancurkan sesuka hati takpon pecah 1/4


hiasan nk boh pon boleh x boh pon xda masalah. Bole guna choc chip atau choc manik2 tu.




Cara2 nya, kacau2 je tak susah mana pon hehe.
cairkan mentega ni. 

kemudian kita tambah susu. kacau2.

Masukkan milo, kacau2 lagi, api kalau bole kecil je nanti hangit pula.

Bila dah sebati masukkan biskut marie yg dah dipatah2 kan. Tutup api.
Bila dah siap masukkan je dlm acuan, tekan dan mampatkan dahulu kemudian sejukkan.
Tabur kan choc chip tadi. Nampak sedap skit time nak makan nanti kan.
Tada... siap sudah, dah boleh ngap. Laku jugakkan anak akak makan hehe. 
Okey la janji bole dimakan hehe. Sebenarnya kek batik ni tak la susah mana, dan ada banyak version. Ikut korang nak cuba yang mana.

Sekadar perkongsian 

p/s : Milo bole ditukar dengan serbuk koko/ horlick @ coklat masakan. Susu pon sama lain brand lain rasanya, butter nk yang sedap guna buttercap. Memang gojes u all. Terpulang lah ikut selera masing2. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment